CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 7, 2008

KuAtLah DuHai sEmanGat..CeKaLLah wahAi Hati...

Salam.....sedikit renungan untuk dikongsi bersama............

Apabila semuanya serba tak kena, dan kita tak tau apa lagi yang nak dibuat, INGATLAH…kita masih bleh bersandar kepada DIA Yg Maha Mengasihi…

Apabila hidup dselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari DIA Yg Memberi Cahaya…

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang nak amik kisah, ingtlah pada DIA yang tak pernah melukakan hati kita…

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat, jangan berputus asa kerana DIA melihat segala-galanya…

Apabila lemah tak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa…

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, bagunkan semula kota semangat dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya…

Apabila semua orang disekeliling kita tak mahu mendengar suara dan keluhan, jgn kecewa kerana DIA Maha Mendengar…

Apabila kita dalam kedukaan dan keseorangan seperti tiada penghujungnya, serahkan diri kita kepada DIA…satu-satunye tempat yang boleh digantungkan harapan…

Dan apabila parut luka dicederakn lagi, hati dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama orang-orang yang sabar…

0 comments: