CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, May 13, 2008

uMmaa...SeLaMat HaRI IbU....LOVE u.....



Assalamualaikum.....hurmmm yaa evrybody...tanggal 110508 mrupakan hari ibu sedunia 4 diz year...n i'm sure dat evryone will celebrate happilly wif their own mum...tp diz year ak xcelebrate pon ngn my umma coz she was totally busy doin her job as a sister at Batu Pahat for a week sooo my bro n i juz contact dr jauh je tuk wish...n da nyte b4 mother's day...i was at home wif my dad watched nowadays famous reality television show 'akademi fantasia' ...n permulaan konsert tuh dorg jemput penyanyi yg agak femes dulu hingga kini..Aishah,2 sing her song.. Syurga Di Telapak Kaki Ibu....wahhhh sebak giler ak rs tyme tuh..hehe ak mmg minat pon lagu tu..btol2 m'insafkan n ak rase u all pon kompem layan sedey arr ble dengarkn..yelarr sape tak sayang mak sendiri rite..rase2 cm sume org syg their own mum n of course dad...tp...bile fikir2 blk owg zaman kite ni serba-serbi mengejar keduniaan dlm erti lain kemewahan tanpe memikirkan peranan sebenar seorg anak..bkn harte bende yg mak bapak nak actually..it juz bout kasih sayang...hmm...tak salah kalau kita sekali-sekala meluangkan masa bersama2 our parents...manelah tau esok lusa nyawa mereka atau kita sekalipun bakal dicabut...takde lagi masa nak lunaskan kasih sayang masing2 kn..hurmm....siapa sangka...siapa tahu..hanya DIA sahaja yang MAHA MENGETAHUI segala-galanya..sooo...to all mum all over da world...HAPPY MOTHER'S DAY....to my ummaa..Hjh Lailiah Abd. Hadat..i Love U soooo much...Thanx 4 evrythin..n sorry 4 evrysingle mistakes dat i've done.....without u n abah i'm no one....Alhamdulillah..syukur pd yg esa 4 gave me a great mum!! n....to my cat..,kimi..hehe anak2 u,garfield,snow white n snoopy suh i pesan td hepy mummy's day..meoww333 hehe...


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

( ulang 1 )

( 2 )
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

( ulang 1 )
( ulang 2 )



~ Di Balik awan ~ - PeTeRpAn




ku tak slalu berdiri
terkadang hidup memilukan
jalan yang kulalui
untuk sekedar bercerita

pegang tanganku ini
dan rasakan yang ku derita
apa yang kuberikan
tak pernah jadi kehidupan

semua yang kuinginkan
menjauh dari kehidupan

*
tempatku melihat
dibalik awan
aku melihat
dibalik hujan

tempatku terdiam
tempat bertahan
aku terdiam
dibalik hujan

pegang tanganku ini
dan rasakan yang kuderita
genggam tanganku ini
genggam perihnya kehidupan

apa yang kuberikan
tak pernah jadi kehidupan
semua yang kuinginkan
menjauh dari kehidupan

back to * 3X


Wednesday, May 7, 2008

KuAtLah DuHai sEmanGat..CeKaLLah wahAi Hati...

Salam.....sedikit renungan untuk dikongsi bersama............

Apabila semuanya serba tak kena, dan kita tak tau apa lagi yang nak dibuat, INGATLAH…kita masih bleh bersandar kepada DIA Yg Maha Mengasihi…

Apabila hidup dselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari DIA Yg Memberi Cahaya…

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yang nak amik kisah, ingtlah pada DIA yang tak pernah melukakan hati kita…

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat, jangan berputus asa kerana DIA melihat segala-galanya…

Apabila lemah tak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa…

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, bagunkan semula kota semangat dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya…

Apabila semua orang disekeliling kita tak mahu mendengar suara dan keluhan, jgn kecewa kerana DIA Maha Mendengar…

Apabila kita dalam kedukaan dan keseorangan seperti tiada penghujungnya, serahkan diri kita kepada DIA…satu-satunye tempat yang boleh digantungkan harapan…

Dan apabila parut luka dicederakn lagi, hati dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa DIA sentiasa bersama orang-orang yang sabar…

Sunday, May 4, 2008

DeDiCatE 2 KhaiRuNnAzRin.......







Biarkanlah resah sayang..

sukar kulalui buat ku berduka

kenangkanlah oh semalam..

walau cinta diuji janji takku lupa

tak daya kuhalangi tak kucuba jauhi

tetap di sini terus menanti

reff: ikrar kita mengharungi badai sakti mentari sinar kasih suci

walaupun nafasku kini pasti terhenti

jangan pula ada sangsi lubuk hati

percaya cinta tiada ganti

kau yang kucari

kaulah kasih ke akhir hayat nanti

ohhhhh...

kenangkanlah oh semalam

walau cinta diuji janji takku lupa

tak daya kuhalangi takku kujauhi

tetap di sini terus menanti

reff:






Saturday, May 3, 2008

HADIAH DI HARI JADI


emo girl


RINGGG.... sekali lagi telefon itu berbunyi. Pasti dia. Alangkah malas...alangkah bosannya untuk aku menjawab panggilan itu. Apa lagi yang dia hendak? Tidak tahukah dia di antara kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Segala-galanya kembali kepada normal...zero! Lupakah dia akan perbuatannya dulu? Aduhai lelaki... aku tidak selemah dulu.

"Diera...kenapa tak angkat telefon tu?" Suara emak menerjah ke cuping telingaku. Kalau emak tahu siapa yang mengganggu aku itu, pasti haru jadinya. "Hei budak ni... entah apa saja yang diangankan..."

"Eh... tak apa mak, biar Diera yang angkat." Kelam kabut aku dibuatnya. Aku tidak mahu emak tahu manusia itu wujud semula di dalam hidup aku. Tentu emak akan berceramah panjang. Hmm.... tak sanggup aku mendengarnya.

"Hello... siapa tu? Nak cakap dengan siapa?" Sengaja aku kasarkan suara aku yang merdu ini. "Hoi Diera... akulah. Dah kenapa dengan kau ni?" Alamak tersilap dugaanku. Buat malu saja.

"Apa mimpi kau ni. Tengah hari buta macam ni telefon aku... dah tak ada kerja lain ke?" Sebenarnya aku malas bercakap dengan sesiapa hari ini. Aku nak bersendirian. Tenangkan fikiran yang sedang berserabut ini.

"Kita keluar Diera, aku boringlah."

"Oh... kalau boring baru nak ajak aku keluar. Kalau happy... batang hidung pun tak nampak."

"Kalau kau tak sudi... tak apalah. Maklumlah aku ni siapa. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong."

Kah..kah..kah... tergelak besar aku mendengarnya. Dah buang tabiat ke budak ni? Tak pernah-pernah dia merendahkan dirinya . Inilah first time. Mahu tak kelakar.

"Anything happened pada kau Nabil ? Tentu ada sesuatu sampai kau berubah macam tu sekali. Frust lagi ke...?"

"Frust-frust... malam sikit la kak long ye. Dalam sejarah hidup aku, mana pernah aku ditinggalkan awek. Kalau meninggalkan tu selalulah."

Cis... ego! Lelaki memang begitu. Tidak pernah ditinggalkan konon. Tunggulah suatu hari nanti.

"Malaslah aku nak layan kau Nabil. Banyak lagi kerja lain yang aku nak buat."

"Kau nak keluar ke tak?"

Aikk.... kenapa sayu je aku dengar. Sah! Memang dia frust, tak mengaku konon. Sekilas ikan di air, aku tahu jantan betinanya. Cewah!

"Sorry ye Nabil. Hari ni aku betul-betul tak nak keluar..."

"Kenapa?"

"Eh... tanya pulak. Ikut suka akulah nak keluar ke tidak."

"Alamak... terlupa pulak status aku. Aku ingatkan aku ni boyfriend kau. Okeylah... bye!"

Merajuk ke Nabil ni? Alah, malaslah nak layan. Esok lusa redalah tu. Merajuk si Nabil tidak pernah berpanjangan. Kerana keistimewaannya itulah maka hubungan kami dalam diam tak diam sudah menjangkau empat tahun.

-------------------------------------------------------------

emo boys


Hari minggu! Boring di rumah aku pergi shopping kompleks. Itupun sekadar window shopping. Hilang juga tension yang menghantu minda. Tiba-tiba mataku menangkap sekujur tubuh yang amat aku kenali. Buat apa dia di sini? Perlahan-lahan aku hampiri dia.

"Warghhh.."

"Opocot..." Aku tergelak. Terkekeh aku ketawa menahan geli hati. Mengalahkan orang perempuan.

"Kau ni Diera... kalau aku lemah jantung, kat sini jugak aku mati, kau tahu?" Wajahnya merah. Wah! semakin handsome jejaka seorang ini.

"Sebab aku tahu kau sihat walafiatlah, maka aku berani sergah kau." Aku terdiam bila matanya terus merenung mata aku. Aikk... marah ke dia ni? Lain macam je aku tengok.

"Kau buat apa kat sini? Ponteng kerja ya?" Aku terus mengekori langkahnya. "Aku off lah. Saja nak relax. Eh... minggu depan birthday kawan aku. Bolehlah kau tolong pilihkan hadiah untuk dia."

"Special ke..?" Aku cuba mengorek rahsia sambil tersenyum. "Something like that. Tapi aku tak tahulah sama ada aku ni special atau tidak pada dia." Aku tergelak.

"Kiranya bertepuk sebelah tanganlah ni..." Aku dengar dia hanya mengeluh. Kesian! Tapi... padan muka. Hari itu ego bukan main. Selepas membeli hadiah, kami pergi minum. Dialah yang teringin benar nak belanja aku. Aku apalagi... rezeki jangan ditolak. Lagipun aku tak tahu nak ke mana. Nak balik rumah pun boring. Maklumlah aku anak tunggal.

"Macam mana cuti... seronok?" aku toleh ke arahnya. Seminggu tak jumpa... kenapa aku lihat dia semakin menarik? Aduhai perasaan.

"Seronok apanya... kau tahu tak betapa boringnya aku duduk di rumah. 45 hari cuti... aku tak tahu nak buat apa. Masuk hari ni baru 8 hari berlalu." Tak sanggup aku bayangkan hari-hari yang bakal mendatang. Pasti aku jemu.

"Bukankah bagus duduk di rumah. Belajar menguruskan rumahtangga. Esok-esok bila jadi isteri orang, taklah kelam kabut rumahtangga."

"Setakat mengemas, membasuh, memasak... sebelah tangan aku boleh buat." Dia tergelak. "Tak percaya, tak apa. Akan aku buktikan suatu hari nanti."

Selepas itu aku mohon diri untuk pulang walaupun dia beriya-iya benar mengajak aku mengambil angin di tepi pantai. Bukan aku tak sudi tapi sejak kebelakangan ini... tempat-tempat begitu membangkitkan nostalgia silam pada aku. Dan aku tak mahu mengheret Nabil ke dalam kenanganku. Nabil tidak berhak diperlakukan demikian.

--------------------------------------------------------------

8

"Diera... telefon!" terdengar ketukan di pintu bilikku. Terlalu asyik menghayati Purnama Merindu, deringan telefon pun tidak aku dengar.

"Siapa mak?"

"Entah! Mak tak cam suara dia. Mak pun tak tanya. Nanti kau kata busybody," Aku tergelak. Ada-ada saja mak aku yang seorang ni.

"Assalamualaikum... Diera memulakan." Senyap. Bisu ke pemanggil ni? "Waalaikumussalam... Nadhzierah apa khabar?" Sah... memang dia. Suara syahdu dia tu, aku kenal benar.

"Baik!" Aku menjawab sepatah. Aku toleh ke arah emak yang sedang memandang ke arah ku. Sejurus kemudian emak beredar. Alhamdulillah.

"Maafkan saya kalau saya mengganggu Diera."

"Awak nak apa lagi?" Aku bertanya jengkel.

"Saya nak mintak maaf di atas perbuatan saya dulu.."

"Dah lama Diera maafkan." Aduhai perasaan... tabahlah dikau.

"Terima kasih Diera. Saya nak jumpa Diera, boleh?" Dia merayu lagi. Merayulah pada yang sudi... hatiku mendongkol.

"Tak boleh wak. Diera tak nak jumpa awak lagi." Bicaraku tegas.

"Saya datang rumah Diera." Aku tersentak.

"Jangan. Diera tak izinkan awak datang ke rumah. Sudahlah wak, ada kerja lain yang Diera nak buat."

"Tak apalah Diera, mungkin lain kali kita boleh jumpa." Terdengar Adam meletak gagang telefonnya. Baguslah kerana dia tidak mendesak. Kalau dia mendesak sekalipun, aku yakin pendirianku cukup teguh.


----------------------------------------------------------------

hugs,


Tidak pernah aku merancang untuk menghabiskan cuti di sini... Desaru. Segala-galanya berlaku dengan mendadak. Malam tadi aku berkira-kira, hari ini aku sudah ada di sini, di chalet No. 001. Puas rasanya dapat bersendirian melayan perasaan ditemani keindahan malam bersama bintang-bintangnya. Aku ternampak buruj Belatik yang menunjuk ke arah selatan. Aku terlihat buruj Aries. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Alangkah besarnya anugerah Tuhan ke atas segala makhluk ciptaannya.

"Assalamualaikum..."

"Ya Allah Nabil! kau ni macam magnetlah. Kat mana aku ada kat situlah kau menyibuk." Aku benar-benar terkejut. Tidak senangkah aku dengan kehadirannya? Hai entahlah...

"Kau tak suka aku datang?" Nabil sudah duduk di sebelah aku.

"Bukan tak suka. Tapi aku terkejut. Macam mana kau tahu aku ada di sini?" Aku memang rasa pelik. Aku tidak beritahu dia aku hendak datang ke sini. Tiba-tiba dia terpacul di hadapan mata.

"Aku ke hospital jumpa mak kau pagi tadi. Dia kata kau ke sini. Aku pun datanglah." Dia ke sini semata-mata kerana aku. Confuse aku.

"Kau tak kerja ke?"

"Aku ambil cuti seminggu."

"Seminggu? Buat apa cuti lama-lama. Mesti ada planning baik ni." Aku berpaling menatap wajah Nabil. Dia senyum. Membalas tatapanku. Akhirnya aku yang tertunduk, tak sanggup menentang sinar matanya yang tajam menikam. Bisa membuat jantungku gugur!

"Sampai hati kau Diera. Nak ke sini pun tak bagitau aku. Selalunya kau tak macam ni. Tapi sebulan kebelakangan ni kau agak berubah. Jarang telefon aku, tak ceria macam selalu. Kenapa Diera?"

Aku terdiam. Selama ini memang tidak ada rahsia di antara kami. Tapi kali ini aku agak keberatan untuk menceritakan segala-galanya pada Nabil. Kalau dulu gerhana hatiku kerana Adam, kali ini pun kerana Adam. Cuma bezanya dulu Adam meninggalkan aku tapi kali ini dia menagih kembali kehadiran aku. Kalut! Aku malas memikirkannya tapi persoalan itu sering hadir dalam benakku.

"Kau sejuk? Nah pakai jaket aku ni." Nabil menghulurkan jaket hitamnya pada aku. Sekali lagi aku tatap matanya dan sekali lagi mata kami bertembung.

"Kenapa kau baik sangat pada aku, Nabil?" Tanya aku bodoh.

"Kau tak suka aku baik dengan kau? Atau kau takut boyfriend kau jealous?" Aku tergelak.

"Kalau aku ada boyfriend, tidaklah aku ada di sini. Bukan macam tu. Cuma kau tak risau ke saham kau jatuh. Kalau kau terlalu baik, terlalu rapat dengan aku, susahlah kau nak dapat girlfriend."

"Mereka faham. Lagipun mereka tahu siapa kau di hatiku." Nabil senyum. Siapa aku di hatimu? Cewah... macam lagu pulak.

Mereka? .. Berapa ramai girlfriend kau?"

"Adalah dalam 10 orang. Tapi yang steady cuma satu je. Aku betul-betul sayang pada dia." Memang sah dia ada steady girlfriend. Tapi tak jealous ke dia bila Nabil bersama aku? Bagusnya dia. Kalau aku dah lama aku melenting.

"Bila kau nak kenalkan pada aku?"

"Tunggulah... aku pasti kenalkan kau pada dia nanti."

Perbualan kami mati di situ. Masing-masing mendiamkan diri. Melayan perasaan. Apa yang pasti, aku terasa lain. aku bakal kehilangan sahabat karib. Bila Nabil dah kahwin, mustahil hubungan kami akan seerat ini. Sudah tentu dia tidak mempunyai masa untuk mendengar celoteh aku. Argh! Kenapa aku mesti terasa kehilangan? Aduhai perasaan...

Kawasan sekitar semakin dipenuhi orang. Tapi aku sudah tidak mampu bertahan lebih lama lagi. Ada sesuatu yang semakin menjalar di hati.

"Aku mengantuklah Nabil. Aku nak balik bilik." Aku bangun dan Nabil turut bangun. Turut melangkah di sisiku. Jalan beriringan, sesekali tangan kami bersentuhan dan ada sesuatu yang mengasak jiwa. Mengapa malam ini baru ku rasa, setelah ku tahu ada wanita istimewa dalam hidupnya. Sampai di hadapan chalet, aku berhenti. Nabil turut berhenti dan berdiri di hadapanku.

"Kalau ada yang mengganggu fikiran... kenapa tak luahkan pada aku Diera?" Bicara Nabil lembut.
"Aku okay Nabil."

"Dengan melarikan diri begini, masalah tak akan selesai. Esok lusa kau terpaksa berdepan dengan kenyataan yang sebenar."

Baiknya kau Nabil. Tapi apalah dayaku. Kehadiran Nabil ke sini pun sudah mendatangkan masalah baru pada aku. Aku berpaling dan terus melangkah.

"Diera!" Aku menoleh semula ke arah Nabil.

"Jangan memendam perasaan seorang diri, tak baik untuk kesihatan. Kata orang tua-tua, memakan diri sendiri." Aku tergelak. Ada-ada saja Nabil ni.

"Macam mak nenek. Walau apa pun... thanks a lot. Good night." Nabil masih tercegat di situ sewaktu aku menutup daun pintu.

Bila bersendirian memori silam mengasak-ngasak menerpa ingatan. Bukan aku tak teringat pada Adam. Sering! Tapi untuk menerimanya sekali lagi adalah mustahil. Bukan sedikit kedukaan yang dihadiahkan pada aku. Berbulan-bulan kucuba mencari kekuatan untuk bangkit dari keterlukaan itu. Mujurlah ada Nabil. Dialah yang beriya-iya memulihkan semangat aku. Dan kini, setelah aku berjaya melalui segala-galanya, Adam hadir semula. Mengocak kedamaian yang aku bina bersama Nabil. Dan aku bakal kehilangan Nabil. Aduhai, tabahkah aku menghadapi semua itu seorang diri?

---------------------------------------------------------------

Ketukan yang bertalu-talu di pintu mengejutkan aku dari lena. Selepas subuh tadi aku tidur semula. Aku capai jam di tepi katil. Tepat 9.30 pagi. Siapalah yang mengganggu pagi-pagi begini? Dengan malas aku melangkah ke pintu. Pintu terkuak dan tersembol wajah Nabil dengan senyuman istimewanya. Apa mimpi orang tua ni?

"Happy birthday..." Sejambak bunga lili dihulurkan pada aku. Wah! Bunga kebanggaan aku. Tapi betul ke hari ini hari lahir aku?

"Thanks Nabil. Aku sendiri terlupa hari ni birthday aku." Sungguh, aku tak teringat langsung. Selepas sarapan kami menyusur ke segenap pelusuk Desaru ini. Memang indah. Aku bangga menjadi anak watan Johor. Kalau orang lain berlumba-lumba nak mandi bila sampai sini, tapi aku sekadar meninjau-ninjau sahaja. Lagipun aku bukannya masih gadis remaja.

"Sudah tua aku rupanya." Tercetus rintihan dari dua ulas bibirku.

"Apa kau kata Diera... kau dah tua." Terhenti langkahku. Tak terduga pula Nabil akan mendengarnya. Aku tersengih memandang wajahnya.

"25 tahun! Dah tualah tu. Ramai di antara kawan aku yang dah ada baby."Teringat pula aku pada kawan-kawan aku..Maiza dah beranak satu..Bella pula baru sahaja mendirikan masjid dua bulan lalu..Phatty dengar berita sudah pregnant enam bulan dan Addin kini sibuk menguruskan persiapan terakhir perkahwinannya tak berapa lama lagi.

"Sedar pun kau dah tua. Dah tu bila nak kahwin?"Tersentak lamunanku disergah Nabil.

"Kalau boleh besok juga aku nak kahwin. Aku dah teringin benar nak ada keluarga sendiri."

"Betul Diera?" Ehh... kenapa pulak dia yang beriya-iya. Aku sekadar melawak. Nak kahwin esok konon, pakwe pun tak ada lagi. Terkenang pada Adam. Kalau dia tak buat perangai, tentu aku dah bahagia bersamanya.

"Kau pulak bila nak kahwin, umurpun dah 25." Aku duduk di bangku yang terdapat di situ. Nyaman udara di pagi ini. Nabil mengambil tempat di sisiku.

"Aku tunggu lampu hijau dari my girl. Kalau dia kata on, aku onlah." Ceria suara Nabil. Maklumlah, sedangkan aku? Masih berhakkah aku merasai kebahagiaan setelah Adam memusnahkan segala-galanya. Lewat tengahari aku balik semula ke bilik. Aku ingin mendamaikan perasaan ku yang kembali berserabut. Lain yang ku rancang, lain pula yang menjadi. Kalau dulu Nabilllah pendamai hati ku tapi kini, di hari jadi ini... kenapa Nabil juga yang mengocak kedamaianku? Apakah makna semua ini? Aku harus menerima hakikat, sekali aku bakal kehilangan dan sekali lagi aku bakal ditinggalkan.

friends


Tepat jam 8 malam sekali lagi pintu bilikku diketuk dan sekali lagi wajah Nabil tersembul di hadapan pintu. Arghh! Betapa kacaknya dia malam ini.


"Siaplah... kita pergi makan." Aku sekadar mengangguk sambil menutup pintu. Setengah jam kemudian aku siap. Tak perlu kelihatan hebat di mata Nabil. Aku sekadar berskirt labuh dan blaus lengan panjang.
"Jom.. kita pergi." Nabil berpaling menoleh ke arah aku. Lama renungannya singgah di anak mata ku. Mengapa gementar? Aduhai hati damailah.

"Kenapa Nabil? Ada yang tak kena dengan aku?" Dia menggeleng.

"Oh ya... aku ada satu lagi present untuk kau. Buka selepas kita makan, okey."

"Kenapa susah-susah Nabil? Kau tak perlu meraikan harijadi aku macam ni sekali."

"Please... aku amat berbesar hati kalau kau sudi terima."

Seperti semalam, malam ini tetap indah. Bintang-bintang masih berkelipan. Cuma perasaan ku yang berbeza. Ada sesuatu yang semakin terasa. Aku sedar, mata Nabil yang sering singgah di wajah ku. Dan aku tidak berani untuk membalas tatapannya. Tidak seperti selalu.

"Diera!" Kami tersentak.

"Adam? Macam mana awak kat di sini?" Nabil memandang aku dan Adam silih berganti. Aku sendiri terkejut. Kemunculan Adam tidak ku duga dan tidak ku harapkan sama sekali. Setelah 2 tahun, Adam masih lagi seorang lelaki yang kacak di mataku.

"Saya nak jumpa Diera, boleh kita berbincang?" Dia bersuara tenang. Ahh, Lelaki! Lupakah kau pada keterlukaan yang kau hadiahkan dulu?

"Biar aku pergi dulu Diera. Mungkin ada perkara yang perlu kalian selesaikan." Aku menoleh ke arah Nabil. Dia sudah berkira-kira untuk bangun. Tanpa sedar, jemari aku meraih lengannya. Lama mata kami bertatapan. Biarlah Nabil mengetahui segala-galanya. Aku sudah tidak berdaya membendung seorang diri. Kami kembali duduk, sama-sama menghadap ke arah Adam.

"Baiklah...sekarang awak boleh terangkan apa yang awak nak dari Diera." Adam memandang ke arah Nabil sambil mengeluh. Lama dia terdiam. "Tak bolehkah Diera maafkan saya dan terima saya semula. Saya masih sayangkan Diera." Aku pandang wajah Adam tanpa perasaan. Kosong!

"Kasih sayang awak hanya membuatkan Diera terseksa. Cukuplah kasih sayang awak selama 2 tahun kita menjadi tunang. Awak dah lupa apa yang awak dah buat? Awak tinggalkan Diera, tunang awak dan kahwin dengan orang lain. Yelah, Diera tak setanding dengan awak. Diera cuma lulusan diploma kejururawatan, sedangkan awak..." Aku cuba menahan sebak. Teringat segala apa yang aku lalui setelah Adam memutuskan ikatan pertunangan kami tanpa sebab.

"Saya menyesal! saya tak pernah bahagia bersama Anas Syamimi. Diera... berilah saya peluang untuk menebus dosa saya."

"Awak tak berdosa pada Diera. Cuma tiada jodoh di antara kita. Awak kembalilah pada Anas Syamimi. Kalau awak inginkan kebahagiaan, awak kena cari. Bimbinglah Anas Syamimi, Insya Allah dia akan menjadi isteri seperti yang awak harapkan." Lama Adam menatap wajahku. Aku cuba berlagak selamba. Walau apa pun yang berlaku, tidak mungkin aku menerima Adam semula.

"Thanks Diera. Memang saya jahil dalam menilai kasih sayang yang sebenar. Namun saya bangga kerana Diera masih lagi seorang wanita yang tabah. Maafkan saya sekali lagi. Oh ya Nabil... jaga Diera baik-baik. Sekali kau lepaskan genggaman tangan Diera kau pasti menyesal" Adam memandang Nabil dan aku silih berganti. Serba salah aku dibuatnya sedangkan Nabil tersenyum penuh makna.

"Jangan bimbang Adam. Aku akan pastikan Diera menemui kebahagiaan yang sejati dan insyaAllah aku akan genggam pegangannya sepanjang hayatku." Selamba Nabil bersuara. Pandai dia berlakon tanpa arahan.

Adam beredar setelah mengucapkan selamat harijadi untuk aku. Ingat lagi dia pada tarikh keramat itu. Nabil masih lagi duduk di sisiku membiarkan aku melayan perasaan. Sekurang-kurangnya aku lega. Persoalan aku dengan Adam selesai.

"Kenapa kau tak bagitahu Adam datang semula dalam hidup kau Diera?"Nabil bersuara setelah lama berdiam diri.

"Aku bukannya apa, cuma tak nak mengganggu kau dengan persoalan aku yang remeh temeh. Sudah terlalu banyak jasa kau pada aku Nabil. Kali ini biarlah aku berdikari." Terdengar Nabil mengeluh.
Sebentar kemudian kami bergerak menuju ke chalet. Aku tak tahu apa yang Nabil fikirkan.

"Kau masih sayangkan dia, Diera?" Aku terkejut mendengar suaranya

"Siapa?" Tanya aku tak menegrti.

"Adam!"

"Kenapa...?" Lama tatapan Nabil singgah di wajah ku. Sukar untuk ku membuat tafsiran. Nabil tiba-tiba berubah. Riak wajahnya, gerak lakunya, nada suaranya, adakah Nabil? Bukankah Nabil sudah ada steady girlfriend? Ohh... aku tak mahu terjebak untuk kali kedua.

"Diera... pergilah buka hadiah yang aku beri tadi." Aku melangkah. Bungkusan hadiah tadi masih ada di atas katil. Perlahan aku membukanya. Bunga kaktus... lambang kekuatan wanita. Bukankah bunga ini yang aku pilih untuk hadiah hari jadi kawan Nabil? Adakah aku...? Oh alangkah! Aku keluar semula. Nabil masih lagi duduk di bangku hadapan chalet ku. Aku menghampiri dia dan dia menoleh ke arah ku. Lama mata kami bersatu. Semakin hampir, semakin kuat debaran yang bertandang.

"Apa maknanya Nabil?"

"Tidakkah kau rasa apa yang aku rasa?"

Aku tersenyum.

"Kau rasa apa? Manis, pahit, kelat atau masam? Kah..kah..kah kami sama-sama tergelak.

"Aku serius Diera. Dah lama aku menyimpan perasaan, sejak kau menjadi tunang Adam."

"Kenapa baru hari ini?"

"Aku perlukan kekuatan untuk menerima apa jua keputusan dari kau." Dia kembali menatap wajah ku. Aku membalas tatapannya. Lama mata kami bersatu. Ada getaran yang maha hebat di hati.

"Kau terima?"

aku mengangguk malu...

Yes..yes.. yes... malam yang indah semakin indah aku rasakan. Buruj Aries kian terserlah kerlipannya. Perlahan Nabil meraih jemariku, erat dalam genggamannya. Hadiah yang paling berharga di hari jadiku yang ke 25, hatimu Khairunnabil !!!!

Hugs





Tuesday, April 29, 2008

Bila Al-Quran Mula Berbicara


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau
pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi
padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang
tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak
kecil yang belajar
mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku
tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai
pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar
engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk
menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan
dalam kesendirian ,
kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau
pendamkan.
Dulu... pagi-pagi... surah-surah yang ada
padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca
beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang... seawal pagi sambil minum
kopi... engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku
karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang
datang dari Allah
Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau
lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau
lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik
menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang
terdapat di dalam
keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu
tertuju ke stasyen radio
kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau
baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favorite-mu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun
kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang
mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau
sanggup duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan
dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau
membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak
semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika
membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu
sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer
dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s. w. t yang ada
padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s. w. t
Sekarang engkau begitu enteng membuang
waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada
Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau
hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah
nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan
melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku
kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah
ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha
Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui
Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari,
lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat
Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam
hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan
diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal didalamnya."(QS Al A'raaf [7] : 36).

The Best Love Letter

The Best Love Letter

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dear brother's and sisters...read this...

As you got up this morning, I watched you, and hoped you would talk to me,
even if it was just a few words, asking my opinion or thanking me for
something good that happened in your life yesterday. But I noticed you were
too busy, trying to find the right outfit to wear. When you ran around the
house getting ready, I knew there would be a few minutes for you to stop and
say hello, but you were too busy. At one point you had to wait, fifteen
minutes with nothing to do except sit in a chair. Then I saw you spring to
your feet. I thought you wanted to talk to me, but you ran to the phone and
called a friend to get the latest gossip instead. I watched patiently all
day long. With all your activities I guess you w ere too busy to say
anything to me.

I noticed that before lunch you looked around, may be you felt embarrassed
to talk to me, that is why you didn't bow your head. You glanced three or
four tables o! ver and you noticed some of your friends talking to me
briefly before they ate, but you didn't. That's okay. There is still more
time left, and I hope that you will talk to me yet. You went home and it
seems as if you had lots of things to do. After a few of them were done, you
turned on the TV. I don't know if you like TV or not, just about anything
goes there and you spend lot of time each day in front of it not thinking
about anything, just enjoying the show. I waited patiently again as you
watched the TV and ate your meal, but again you didn't talk to me.

Bedtime I guess you felt too tired. After you said good night to your family
you popped into bed and fell asleep in no time. That's okay because you may
not realize that I am always there for you. I've got patience, more than you
will ever know. I even want to teach you how to be patient with others as
well.

I love you so much that I wait everyday for a nod, prayer or thought or a
thankful part of your heart. It is hard to have a one-sided conversation.
Well, you are getting up once again. And once again I will wait, with
nothing but love for you. Hoping that today you will give me some time. Have
a nice day!


Your friend, ALLAH



PS - Do you have enough time to send this to another person


If you aren't ashamed to do this, please follow the directions.

Not ashamed? Pass this on......only if you mean it.


Yes, I do Love God. He is my source of existence and Savior. Allah keeps me
functioning each and everyday

Without Him, I will be nothing. Without him, I am nothing, but with Him This
is the simplest test . . . if you Love God, and are not ashamed of all the
marvelous things he has done for you, share this with everyone.